PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

– Penyelidikan Produk Kosmetik
Aktiviti-aktiviti penyelidikan untuk aplikasi kosmetik telah dilakukan. Jabatan Penyelidikan kosmetik telah diwujudkan untuk mengkajialiran global; menjawab keperluan pengguna, mengikuti peraturan yang telah dikemaskini dan menganalisis pesaing-pesaing. Ia bertujuan untuk memperbaiki hubungan dengan universiti-universiti, dunia sains dan institusi-institusi global serta pembekal.

– Pembangunan Produk Kosmetik

Terdapat perkembangan-perkembangan untuk menghasilkan produk kosmetik yang lebih baik dan lebih baru. Berdasarkan penemuan saintifik, jabatan ini sedang diperbaharuiproduk kosmetik untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Bersama-sama dengan Kosmetik Produk dari Jabatan Penyelidikan yang berada dalam suasana yang kreatif dan moden,produk yang berbeza akan diperbaharui untuk memenuhi kehendak pelanggan.


– Penyelidikan dan Pembangunan Kebersihan
Jabatan Kebersihan, Penyelidikan dan Pembangunan melakukan kajian untuk tujuan mempratikkan kebersihan dan mengujinya. Dengan memperbaharui produk-produk yang berdaya saing, ia akan memenuhi permintaan pengguna dan membuktikan bahawa ia juga akan menambahbaikkan teknologi Evyap melalui kemajuan teknologi tersebut. Di samping itu, penggunaan teknologi menyediakan tahap kos yang kompetitif..

– Penyelidikan dan Pembangunan Pembungkusan
Jabatan ini mengikuti peningkatan yang terkini di pasaran dan menggunakannya pada bungkusan produk. Jabatan Pembungkusan meningkatkan sistem pembungkusan Evyap secara berterusan dan menghasilkan penyelesaian yang baru untuk mencapai kecekapan maksimum. Evyap menghasilkan hubungan yang erat denganpihak dalaman dan luaran untuk memaksimumkan tahap pengeluaran dan perkongsian maklumat yang cekap. Ia merancang penyelesaian yang berkesan bagi pelaksanaan yang cepat dan tepat pada masanya. Tanggungjawab terhadap alam sekitar akan bersama seiring dengan usaha meningkatkan objektif produk yang berdaya saing di Jabatan Pembungkusan.

– Pembaharuan Minyak Wangi
Jabatan ini berfungsi untukmemperbaharui bau minyak wangi. Jabatan Pembaharuan Minyak Wangiakan menentukan kecenderungannya berdasarkan permintaan pengguna semasa dan menggunakan kecenderungan ini kepada produk dan bau.

Kesemua aktiviti-aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan berlaku di Bangunan Pusat Pembangunan dan Penyelidikan, Tuzla.

Terdapat 42 kakitangan Penyelidikan dan Pembangunan yang tergolong dalam bidang yang berbeza dalam fasiliti aktif 2,242 m2. Pekerja-pekerjayang mempunyaisijil kedoktoran dan atas adalah 7%, 33% master, 26% siswazah dan 34% adalah di bawah ijazah sarjana.

Dengan adanay makmal dan peralatan kapasiti yang tinggi, Pusat Pembangunan dan Penyelidikan melakukan kajian berskala besar untuk produk dan membangunkannya dengan pantas. Setiap jabatan mempunyai ruang sebesar 800 m2 dan makmal sendiri.

Pada 01.10.2014,Jabatan Penyelidikan dan PembangunanEvyap adalah syarikat pertama yang menerima sijil Pusat Pembangunan dan Penyelidikan dalam industri kosmetik dari Kementerian Sains, Industri dan Teknologi. Selain itu, jabatan tersebut telah menyiapkan 3 projek TEYDEB dengan jayanya dan meneruskan usahanya untuk menghasilkanaplikasiyang baru.

Hasil daripada perkembangan penyelidikan oleh Pusat Penyelidikan dan Pembangunan, produk baru telah dihasilkan. Hari ini, terdapat 6 ciptaan baru yang boleh dipatenkan di negara-negara asing dan tempatan.

Melalui perkembangan yang telah diperbaharui oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan,ia telah menyasarkan untuk meningkatkan bilangan paten dan mewujudkan projek-projek baru pada tahun-tahun yang akan datang. Hasil daripada aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan, terdapat banyak pendaftaran reka bentuk seperti penutup, botol, bungkusan, sup, reka bentuk, pisau cukur dan pad kebersihan di samping coraknya.